Home

Saturday, February 25, 2012

Demam lagi

Tahun ni je dah berapa kali saya demam. Ni baru Februari. Demam yang bila baik dua tiga hari sambung balik. On off. Letih sangat. Tak pernah rasa mcm ni. Bila keadaan lemah mcm ni. Semua orang ingat kita pregnant. Mana taknya. Asal batuk muntah. Makan la apa saja lepas tu batuk dan muntah.

Agaknya banyak sngat dosa. Tuhan bagi peringatan. Bila sakit begini, rasa sangat nikmatnya masa sihat.

Doakan saya segera sihat. Banyak urusan terbengkalai bila sakit macam ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 23, 2012

Syurga tempat mu.... al-Fatihah untuk Faris

adik Faris dah meninggal pagi tadi. Tak terkata saya. Ya Allah berat dugaanMu buat si ibu. Tiada ungkapan sesuai untuk Pn. zuraini. Cuma kita semua tahu tempat Faris adalah di syurga.

Kek Barbie

ni ada lagi koleksi kek yg ditempah oleh kawan saya, Siti Afifah untuk anak dara dia Maisarah % tahun. Happy birthday Maisarah. Ada gambar kek je. Maisarahnya takde. Nanti sesapa nak ode kek ni. Calling2 le saya ye. 



kek ni berat. lebih 2kg. 

Bersukan lagi...

Salam semua. Bosan betul hari ni. Sambil selak2 folder terjumpa gambar aktiviti budak2 ni. kan saya dah cerita sebelum ni. orang-orang kat rumah ni semuanya jenis menyahut seruan majulah sukan untuk negara. Ini adalah salah satu jenis sukan yang 3beranak ni suka. saya macam biasa la.... dok tepi pegang camera. panasssss. 
tak sukaaaaaa

panas ke ribut ke ada dia kisah

 lama tak main, kena tunjuk balik
bab gaya memang boleh menang

 merenung ke mana bola dia. depan tu je dik. lompat sikit je bola tu
 baba tumpang sekaki
amik sorang satu senang

 kakak marah cara adik salah. susah ada coach garang ni.
 anak dara mama yg lawa. 
 sama je la nashwa. kakak pun dah turun level mcm adik. lama tak swing
 adik kononnya merenung bola dia dah terbang jauh.
orang demam dok tepi je. panas. kecik mata i

Wednesday, February 22, 2012

Adik Faris. . . cepat sembuh sayang

Ya Allah tak terzahir dek kata2 bila terbaca tentang kesakitan adik Faris ni. Luluh rasa hati. Adik Faris disahkan menghidap HLH. Sehingga kini paru2 adik Faris masih kritikal.

Sebagai ibu yang ada anak hampir sebaya ini pastinya saya mengalirkan air mata. Sebak sangat. Takde ucapan yang sesuai untuk saya lahirkan kepada ibu dan ayah adik Faris. Jangan disebut perkataan sabar, tabah. Tabahkan kita sebagai ibu bila kita di situasi ini?

Andai kita boleh menyumbang untuk Somalia, Palestin dan sebagainya, pastikan sumbangan kita untuk adik Faris tidak disisihkan. Mari kitq menyumbang apa yg termampu. Sedikit mana pun sumbangan kita itu adalah sumbangan besar untuk adik Faris sekeluarga.Doa saya semoga adik Faris sembuh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

Bertemu sahabat lama

macam tajuk menjejak kasih je. Kebetulan Ke JB hujung minggu lepas nak jadi rezeki jumpa juga kawan masa sekolah dulu. hubby dah ingatkan dah awal2 sebelum pergi. Takde ke kawan2 yang kenal kat JB. Memang tak ingat langsung. terus je kata tak ade. Mujur le Idah tgk status aku kat FB. TQ idah. ingat juga kau kat aku. Rezeki kitakan. Jumpa selepas berbelas tahun. Kau langsung tak berubah. 
Tapi sori le dengan perangai anak2. kalau mak aku tu, aku bersuara je masa dia bersembang, nahas le aku. Naqib hari tu betul2 macam hilang pertimbangan. Dibulinya kakak dia depan Idah. Saja nak tunjuk perangai. elok kau balik je Idah, diorg terus diam tengok TV. Anak oh anak betul2 menguji kesabaran.

 ni lah kawan aku idah. atau nama penuhnya Siti Zubaidah Abu Bakar. Idah, nanti aku gi JB lagi kita jumpa lagi ye. Jangan lupa bawakkan aku otak-otak kempas. Fev tu. 

Saturday, February 18, 2012

Kami bercuti di JB

Nak kata bercuti sangat pun tak juga. Hubby ajak saya dan anak2 teman dia outstation. kebetulan pulak hujung minggu. tak ganggu waktu sekolah dan kerja. Cuma terpaksa arrange waktu tuition dengan cikgu tuition mandarin nashwa. mujur dia kata boleh replace minggu depan. Jadi minggu depan nashwa takde rehat langsung ye. Setiap malam akan tuition. Lagipun 23/2 dia dah mula ujian pertama. Mama berdebar. terutama bila memikirkan paper mandarin. Naik tahun 4 ni cikgu dah kata akan lebih mencabar. Susah bila bahasa tu bukan bahasa pengantara kita di rumah. Jadi dia yang kena kerja keras lebih dari biasa dan kita sebagai ibu bapa perlu memantau dengan lebih juga dari biasa.

Tapi memandangkan Naqib yang demam dan saya yang masih kurang sihat, jadi jalan terbaik ialah ikut je husband bergerak ke mana. lagipun masih dalam Malaysia. Kalau keluar tu susah le sikit. nak urus itu ini. Dapat tahu pun sebelum solat Jumaat. Petang lepas Nashwa balik sekolah agama je kami terus bergerak ke JB.




 naqib mamai sebab baru bangun. sampai hotel 00.48am


 dia ni takde kerja lain kalau samapi. macam rumah takde tv. terus capai remote bukak sports channel
ni masa breakfast. dia tenung je ikan tu. siap pesan adik tgk saja ye. cantikkan?


 dia masih merenung
 kakak alihkan perhatian
masih tidak berganjak dari tempat. walaupun diajak ambil makanan

.
.
.
.
 akhirnya, hasil sebuah penantian sang seekor ikan
dapat gak ikan ni makan roti bakar yg baba dia letak sekejap je. sapa pun tak perasan. sgt cekap. kalau dah namanya lelaki. kesian kat ikan tu asyik tenung org makan je. last dia bagi terus makan. mujur manager cafe tu tak nampak. kalau tak. nahas kau naqib.

 dia bersungut kat baba dia mee sup dia masam
 naqib punya tapi mama yg makan. perut bandaran
 muka tak puashati sebab kena marah bg makan ikan
arghhhh. tension tgk ni

 anak dara yg pantang nampak camera
 naqib yg tak tau diam..... sejak masuk sekolah
 nyampah. asyik nak gaya je
 laki ku yg manja. uwekkkkk
 lepas makan laju je nak blah



pusing keliling hotel sbb nak tgk mana tempat boleh gi shopping dekat



banyak lagi nak cerita tapi dah penat. esok2 kita story mery lagi. bobbai...... nak makan megi

Projek

bukan projek apa pun. nak try buat hantaran untuk adik. dah 4 tahun tak buat. sebelum ni memang buat dari diri sendiri dan utk semua adik yang berkahwin



 dia akan ada di mana untuk menyelit

 macam biasa .... cupcakes
 penat2 buat kerja kita masak dan makan

Beriadah

Ni bukan le cerita baru tapi gambar yang dah lama diperap. nak nyelit2 nak buat entry ni punya la susah. maklumlah i wanita bekerjayakan. i profesional ok. bukan kaki bodek ye. opppssss. melalut dah. nak cerita pasal sukan dah melalut ke isu bodek. ermmm isu biasa di mana2 jabatan. lagi la kalau tau i beronline masa ofis hour. mati i tak naik pangkat tak naik gaji plk. ugut2 ni perkara biasa le. bila rasa ada jawatan skit ugut le supaya pangkat terus naik. huwahahaha. mak melalut lagi.


ni semua pic masa hubby gi outstation during CNY last 2 weeks. Mujur ada busu yg rajin layan anak buah. mak budak ni dok tepi padang je sembang dgn ateh. busu ajak gi s9kd. ada court basketball kat situ. sebelqah dgn surau. playground pun ada. padang kecil utk main bola pun ada. bila ada surau tu takde la budak2 melalut main sampai maghrib.














 suka 2 gambar ni. busu dgn nephew n niece

Ok. kita kembali ke landasan yang benar. cerita tentang sukan. kebetulan saya ditakdirkan hidup bersama org yg aktif bersukan. saya je malas bersukan sejak dr dulu lagi. selalu berlakon diva duduk tepi padang. sekolsah plk semua perempuan dulu. lagi le lemah lembut. ( hak tuiii)

anak dara saya ni sekolah cina. so basketball tu takde masalah bagi dia. semua taukan basketball mmg sinonim dgn sekolah aliran cina. dia sejak umur 7 tahun dia dah aktif dengan taekwondo. cuma tak lepas utk blackbelt je lagi. masa training suka mengelamamun. masa umur 4 tahun dah belajar swimming. sekarang ni untuk sukan kokurikulum sekolah dia ambil gendang cina. gendang yg korang nampak lompat2 masa CNY tu menari dengan naga ke singa ke. tu la dia.

kadang2 hujung minggu bila hubby ada tournament badminton pun memang budaqk dua org ni join sekali. memang dah dibelikan reket utk kids kat diorg. memang kami suami isteri suka anak aktif. saya dulu masa sekolah rendah memang tak merasa. mak baba suka kami adik beradik tumpukan perhatian pada pelajaran je. boleh dikatakan semua kecuali busu memang kaki bangku. huwahahaha.  dah memang kau malas kau salahkan mak kau plk. ;)

diorang main basketball tak sudah sekali tu. sambung pulak sesi kedua hari sabtunya pulak. habis semua mak sedara diajak dek budak dua org ni. termasuk sepupu diorg. ome ada, aunty meni ada, ateh ada. habis dengan kawan meni pun datang. budak2 ni panggil aunty mimi. sampai 3 kereta gi bersukan hari tu. bersukan pun masih ditempat yg sama. cuma melarat terus sampai ke playground.

 nashwa coaching semua buat warm up



 naqib dgn ome








 dia ni penakut. dah tua bangka pun naik yg ni

ni mu niece. aisya saffiya. dia la yg sudi join sekali. nampak tak muka nashwa blkg tu. elok lepas je snap gambar ni aisya jatuh gedebuk mcm nangka. logik la jatuh pun klu dah cara hayun tu ganas mcm nak membunuh.

somehow.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
apalah maknanya bersukan kalau....
.
.
.
.
.


donut jco fev naqib 
 apalagi mamak kayu le ni




 rawa tosei for nashwa
 roti banana for naqib, puri for busu

 nasi lemak for ateh
 ome n ateh yg suka berpura-pura
ni saya punya. 

babai.