Home

Friday, May 25, 2012

Tempahan kek dan chocs hantaran

Salam


Takde la yang menarik sangat nak diceritakan. sekadar tempelan gambar untuk tempahan bulan 5 ni je. takde le deco bagai. redvelvet je banyak yang ditempah. kek buah pun ada gak. tapi banyak gambar yang entah ke mana.


order pun dari customer yang biasa order gak. saya pun kerja. kalau suri rumah sepenuh masa tu mau saya paksa semua orang order dengan saya. baru masyuk









terima kasih maziani. ditempah ni utk hantaran kawen anak sedara dia kat terengganu.








ni pulak order dari dayah nak balik kuala kangsar n hadiah kat pakwe kot. huhuhu












bulan ni banyak tempahan kek buah. aku suka. senang nak buat. tak payah deco bagai. 


kalau nak order call ye.


babai

Thursday, May 24, 2012

Bowling... aku makan je











Semalam ramai yang ajak tengok diorg main bowling. aku hancur la. masuk longkang je la. lepas kerja aku pergi la jugak. dgn baju kurungnya. bukan la aku sotang berbaju kurung melambangkan wanita sejati. Siti n sarah pun sama je.

yang mampu kami buat ialah ordee makanan  dab balik awal.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 19, 2012

Perlis Indera Kayangan









semalam dalam pukul 10 malam kami bergerak dr shah alam menuju ke perlis.

sepatutnya pukul berapa dah boleh sampai perlis ye? ni kali pertama kami drove ke sini. jadi masing2 takpasti pkl brp Kan sampai perlis. tapi berenti kat r&r tapah je berapa jam tidur. jam 3 pagi baru gerak. kemudian stop lagi di r&r semanggol mr.hubby tidur lagi. budak mmg tidur tak sedar ke diri le. apa la yg budak2 tahukan.

lepas tu kami stop lagi di hentian juru. untuk solat subuh je. berenti pulak lagi di r&r gurun. kali ni untuk sarapan pulak.

lebih kurang pukul 9 pagi kami dah sampai changlun. terus call hotel nak check in awal. masa ni la kawan saya siti wassap tanya pasal result pertukaran. dia kata result dia mendukacitakan. belum rezeki mungkin. text sarah suruh dia check juga. dia kata mendukacitakan jugak. bagi no pin pada siti suruh dia tolong  check. xlepas.salah no pin. rupanya nak suruh aku check sendiri jugak.

lepas check sendiri terus hati bercampur baur. macam tak percaya. untuk try main2. cuba nasib. tertuls kat situ.

Tahniah. pertukaran anda berjaya. sila semak pada 26/5 untuk mengetahui penempatan.

warghhhhh. aku jerit. terkejut mr. hubby. aku tak percaya. permohonan tak diluluskan. tapi dapat. perasaan bercampur baur. suka dan sedih. suka sebab ini masa untuk keluar mencuba nasib di tempat baru dengan topeng yang baru. sedih sebab kena tinggalkan kawan2 yang baik. kata orang patah tumbuh hilang berganti. tapi tetap tak sama kan. akan ada lagi ke kawan yang baik seperti siti n sarah. kakak yang baik mcm kak ti n kak farid. kak asriah datin yang sempoi. ramai lagi yang baik tak tersebut.

kata hubby hikmah ikut dia outstation. satu permulaan baru katanya. perlu bersedia dengan suasana baru. saya bukanlah seorg yg susah nak adapt dgn tempat baru. senang je. no worry.

beralih kepada cerita perlis. kami masih di hotel. baru lepas swim n dinner. sekarang masa untuk nashwa study. isnin ni dia ada exam untuk sekolah agama pulak. hubby pulak belum balik dari urusan kerja. malam ni nak jumpa sapa plk.entah le. dengan bola lagi malam ni. kelantan vs sime darby. busy sungguh dia. harap2 kejap lagi dia bawak balik pelam harum manis n laksa perlis.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Dinner di Restoren Upin Ipin

salam. kami sekeluarga otw nak pergi perlis mengikut en suami berurusan kerja di indera kayangan. tapi kami ke shah alam dulu. Urusan suami jugak. Sementara menunggu saya bawak anak2 minum di restoren upin ipin ni. Yang kat belakang jakel shah alam je.

Semua tak pedas. Nama pun restoren kanak2 kan. Habis makan yg kemudiannya dihabiskan oleh makbapak diorng berdua ternganga tgk movie upin ipin.


Published with Blogger-droid v2.0.4