Salam....
Cerita lama sebenarnya. rasanya 20 Mei yang lepas. Kami sekeluarga ke Perlis mengikut En. Matin ber 'outstation' di sana. Untung juga dia ke sana hari cuti. Boleh la ikut. Kebetulan pula urusan seterusnya di Kedah yang kena pada hari Ahad. Kerja di Kedah cuti pulak untuk orang KL macam saya ni.
di Perlis En. Matin ada tugasan di Kompleks Tok Arau. Bosan menunggu dia kami balik ke hotel. Hotel tempat kami bermalam di perlis ialah Hotel Putra Palace. Ok jugak hotel dia. agaknya itu la paling best kot. Sebab yang lain tu nampak biasa je. Paling penting hotel ni ada halal Jakim. nak makan tak fikir panjang. Food dia pun sedap. masakan melayu.
Balik je ke hotel budak dua orang ni kena buat buat homework. mama kata kalau nak gi swim kejap lagi kena siapkan home work dulu. apalagi kelamkelibut la siapkan homework memasing. mama boleh tangok tv dengan aman.
ada la bende yang digaduhkan tu. tak senang kalau tak bergaduh.
tu muka dah siap homework la tu.
Esoknya selepas sarapan kami bergerak ke Kedah. En. Matin ada urusan di sana.
kami sempat le singgah menara Alor Setar tu. hajat dihati nakmakan di restoren dia. Rupanya kena buat tempahan dulu. ingat mcam KL tower je. Senang je nak masuk makan.
malas betul la. gambar pun jadi la. kata orang gambar pun mampu memberi pelbagai cerita di sebaliknya.
babai
No comments:
Post a Comment