Home

Sunday, July 8, 2012

Kuantan, SUKMA dan Ana ikan Bakat Tanjung Lumpur

Salam..... memanjang aku ikut husband gi outstation. dasar queen controlkan. *telapak tangan di dahi mata terkebil2*. Hubby hari jumaat dah pergi. aku saja je nak pergi hari sabtu. teringat kelas nashwa setiap sabtu yg dah tertinggal 2 sabtu berturut2. walaupun sekadar kelas taekwondo n chinese drum tetap rugi. ada kemahiran yg dia tertinggal. masa dia gi kelas drum tu teacher dia dok speaking mandarin. entah apa dileternya tidak le aku faham. tapi aku dah bagi surat pada cikgu dia, maklumkan ketidak hadiran Nashwa. so takde le rasa bersalah sangat.

lepas kelas nashwa Sabtu tu, kitorang 3 beranak gerak terus ke Kuantan. Tepat pkl 12 tengahari kami gerak. isi minyak beli jajaj utk budak berdua ni gerak terus non stop ke kuantan. Mula2 masuk juga R&R Temerloh sebab tetiba rasa lapar. Teringin nak rasa patin tempoyak dia. memang takde rezeki. takde tempat kosong. Naqib pulak tido tak sedar diri. teruskan je perjalanan sampai ke kuantan. tepat pkl 3 petang kami sampai. Lega. Selamat kami sampai akhirnya. hanya ambil masa 3 jam sahaja. laju ke tu? Hubby kata laju sangat. i drive sorang okey.... anak2 tido. kalau boleh nak buat mcm mr. Bean. tongkat mata. apa pun Alhamdulillah.... semua selamat. 

Sebenarnya Kuantan ni mmg tempat aku masa alam remaja dulu. Kolej kat sana. 2 tahun setengah aku kat Kuantan. hampir seluruh Pahang aku pergi jelajah. Tempat bercinta pun kiantan. Aku jatuh cinta dengan Hubby pun di Kuantan. Kata orang tua2 tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat aku jatuh cinta kau.... tempat dating pun sini jugak sebelum aku balik ke Kota Damansara. Sambung dating kat KL plk.
malam tu kami gi makan ikan bakat kat tanjung lumpur. Ikan Bakar Petai Ana
budak ni lapar tahap gaban dah. dari siang tak makan. dia punya makan le mlm ni
sori le gambar dah campur aduk. ni nashwa amik sebelum dia lelap. hiway pantai timur
murah gila air buah kat sini dah le sedap. mujur aku google semua dok suggest kedai ni
mintak udang celup tepung tp dia bagi yg ni. aku bukan jenis cerewet. hantam, sajalah. 
aku lupa nak snap sebelum. yg selepasnya dah tinggal tulang. sangat sedap. datang le sini
kalau terlajak ke Kuantan
kebetulan 7/7 ni pelancaran SUKMA. hotel pulak sebelah je dengan stadium
mujur dapat hotel. yg lain semua dah penuh
ni masa brekfes kat teluk cempedak
nashwa hover. cam gaya org 70an

teluk cempedak
teluk cempedak

romantik tak i? *muntah*
diorg nak sangat masuk stadium. malas semlm penuh. pagi tu penuhkan hajat sebelum balik
naqib sempat shopping. terbalik la pulak


tu aje le. semput aku dah.
babai

No comments:

Post a Comment