Home

Thursday, September 6, 2012

2 Syawal - Raya Sakan

Salam. Masih mood raya. Sabtu dan Ahad ni masih lagi sibuk dengan jemputan raya. Best. Jumpa kawan2 lama. 
Entry ni masih lagi cerita Syawal yang tak sudah2 tu. Bukan la cerita sangat pun. Lebih pada nak tayang gambar raya. Seronok bergambar dengan adik beradik. Time raya ni je la pun dapat kumpul adik beradik pegi jalan ramai2 bersama2. Walaupun kami duduk keliling rumah mak je. Padat kota Damansara tu dengan anak Hj. Zul n Kak Rehan je, tapi kesempatan nak jalan bersama tu susah sangat. Maklum la masing2 ada kerja. Kadang2 hari minggu pun kita kerjakan. 
Sesiapa yang baca blog ni jgn pening pulak tgk gambar yang bagai ragam. ok. kita mula sekarang......
 pagi raya kedua ni kami pergi rumah Lang. Abg baba. baba anak bongsu. Silapnya kami tak bergambar kat rumah Ndak. Tempat kami bermalam. Kat rumah Ndak sampai malam raya pertama tu, segala macam makanan ada. nasi itu ini. lauk dr ayam daging rendang, kari udang. makan je terus lami cari bantal. Tidur dgn lenanya. Sampaikan bila en. suami masuk baring sebelah pun saya tak sedar diri.
luas sangat rumah Lang ni. anak 3 orang je.
 xtvt biasa. sampai rumah orang sibuk bergambar. bukan nak bergambar dengan tuan rumah.

 kami anak2 dara dengan mak. masa ni meni tak sampai lagi. 
  
mak lagi kurus dari kami semua.  
  
 dia ni memang. budget selalu
 tak boleh langsung nak berdua-duaan. ada je yang menyelit. perempuan gigi dawai....

 yon ni memang tau. dia saja je lalu depan orang nak bergambar. dengki

kami 5 beradik dengan mak n baba. saya nampak gemuk dalam gambar ni bukan kerana saya gemuk ye. baju cotton tu. jenis lembut. buat besar. melayang je kainnya. jadi salahkan baju ye.

 3 jejaka nikan........ no komen la. malas
 ni je 3 menantu yang ada join hari tu. masa ni poji n meni otw datang sini
yang kecik tu le cucu lelaki nan seorang. kumbang nan seekor 
 jahatkan adik ipar saya ni....
 gambar ni la semenggah sikit. naqib la plk. dia dah lenguh la tu
 anak dara ni kalau pasal melaram serah kat dia. entah sapa la dia ikut. agaknya sebab mak sedara ramai sangat kot
 naqib pakai baju sama dengan baba

 fatini n nelly. nelly tu best friend naqib. balik sekolah nelly la dia cari dulu. nak cerita macam2. kdg2 nelly yang buat kerja sekolah dia
 cousins.....
 meni baru sampai dengan poji.
lepas meni sampai ni kami pun bersiap2 nak bergerak rumah Ngah pulak. kat rumah Ngah ada Chaq. Chaq kakak baba yang sulong. Ngah no2. Ngah sakit masa bulan puasa baru ni. Admitted seminggu kot. Skrg dah ok katanya. Hopefully ok la. Adik2 beradik baba 5 orang semua masih sihat. Adik beradik mak je 4 beradik dah takde sorang. Missed u Ayang. Al fatihah.
Kat bawah ni semua gambar sekitar rumah ngah je. 
 hahaha. gaya bangla ke indon ni. rumah kosong kat belakang tu naqib kata rumah hantu kak limah. ada je idea dia
kalau bab bergaya bagi kat dua beranak ni. berenti singgah memana dia pun cari le camera. 
 2 lelaki dalam hidup saya. love u both.....
 masa ni dah jadi 6 orang dah. achik n angah je takde. beraya rumah in law
 percubaan melompat. tapi bontot berat memasing. masa ni baru standby. meni yg baju kuning tu yg lompat tinggi. dia selalu melompat. asal bergambar ke melompat
ni kat jeti hujung matang. atas skit dari rumah Ngah. Tanah baba kat sini. Tengok la mamat tu. pantang.... bosan aiiii.....
 suka benor buat gaya macam tu
 tengok la tu. masing2 tercengang. paling kelakar alang la. tu sebenarnya kami nampak ular dalam air. sekali bukan ular. biawak rupanya. masa ni nashwa, naqib n nelly dalam car taknak turun. geli. rasa nak seligi jekan. sebenarnya nak main ipad ngan itab
 ni bot usang yang ada kat tepi jetty tu. baba kata semua ni operasi lagi. masa ni baba n mak tak ikut dok sembang dengan Ngah. dari kami bising kat rumah ngah baik kamironda kampung
 aksi gedik. menci la baju ni. buat aii nampak gemuk je tau. nasig la baju raya semua besar2.
 lepas rumah Ngah kami ke Taiping. Rumah mak mertua abg padin. Sedara baba jugak le pun. abg Padin ni anak Ngah. Mak nak gi ziarah mak mertua abg padin yang sakit. rasanya mak mertua dia ni 2pupu baba kot. salasilah family sendiri pun tak taukan. Bukan salah saya. Dah tu habis zaman muda saya dari sek menengah asrama je sampai la masuk kolej. lepas tu dok jauh jugak dr makbapak. dah kawin baru dekat dengan makbapak. kurang sangat saya bersosial dengan sedara mara yang lebih dari sepupu.
 fatini dah letih sangat dah. kena isi minyak. lepas tu dia cergas balik la
 habis jag besar airnya. memang pelahap betul la
 nelly dah serabai.....

 yon adik ipar saya
yang tudung biru tu la mak mertua abg padin. 
lepas selesaikan rendang n lemang kat rumah ni dengan jayanya, kami bergerak lagi ke rumah bapak mertua saya pulak. kat Selinsing. rumah isteri muda dia. kira raya ni langsung la tak pergi rumah arwah mak hubby. dah bapak mertua ai suka kat selinsing tu. mana dia selesa la kan. orang tua2 ni susah kita nak kira n baca hati dia. 
lepas baba sembang skit dgn FIL saya kami pun bergerak. my parents n adik2 bergerak balik ke Pantai Remis rumah Ndak. Ateh bergerak balik KL sebab malam tu nak ke Johor pulak. Family saya bergerak ke Sungai Petani rumah sepupu hubby Fizah. Rumah mak ayah dia la. Ada open house. tiap2 raya ke2 memang diorg selalu buat openhouse kat sungai petani. Kami je tak berkesempatan nak pergi. so tahun ni gagah la jugak pergi. bawak Ila sekali sebab dia dah janji dengan kawan nak gi bercuti ke Krabi n Puket. Dgn kawan2 dia sekali kami ajak gi openhouse pakcik Mat (adik arwah mak mertua)
selesai tu kami bergerak balik ke Selinsing. Tido situ la pulak. Letih betul hari tu.....
letih jugak bercerita ni. 
nanti kita sambung lagi 
babai 

No comments:

Post a Comment