Salam petang minggu. Nak ambil mood supaya happy nak tempuh hari Isnin yang sibuk saja saya buat sesuatu yg manis utk anak2. Ada lebih labu yg masak lemak makan tengahari tadi saya buatkan pengat labu.
Suka tengok Naqib makan. Dia kata pumpkin soup. Dia semua yg berkuah sup tak kira manis ke pedas. Pengat durian dia panggil sup durian. Nashwa je memilih skit. Tak tahu la apa yg dia suka si kakak ni.
Senang je nak buat ni.
Dalam suku biji labu yg kecil je tadi beli. Potong dalam seinci setiap ketul labu tu. Masuk air biar tenggelam labu. Masuk sekali dgn gula nipah. Saya tak guna gula putih atau merah. Mmg takde stok pun gula merah kat rumah. Semua yg ori org kg buat. Dr trengganu lagi. Dah lembut baru saya masukkan santan dan sagu yg dah dibasuh. Tak masuk daun pandan pun sebab lupa beli.
Selamat minum petang. Ceria2 untuk esok.
Sunday, November 18, 2012
Pengat labu
Labels:
food
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment