Ni cerita semalam 30/12
Hi u olls. Ekceli aku demam hari ni. Pagi tadi nyaris tak pitam. Masa tu bigboss sebut nama sorang2 barisan para guru berkenaan utk dikenalkan kepada ibu bapa yg baru nak daftar anak masuk form 1 hari ni. Org lain yg disebut nama semua berdiri. Aku sempat diri 3saat je terus cari kerusi balik. Nak tumbang tu beb. Lantak org nak kate pe pun. Aku tumbang ada korang kisah. Alu gak yg malu. Dah le ada antara parents tu Azhar Sulaiman. Tak sempat aku nak kenalpastian betul ke tak.
Selesai semua tu aku terpaksa ke Putrajaya nak settlekan hal pinjaman perumahan aku. Tak settle2 lagi. Aku le silap. Tak tgk surat habis2. Kat surat tu kata dlm tempoh 14 hari tak reply loan ko kira tak jadi. Muka mr. Matin dah semcm. Ye lah. Aku je nak buat. Nak semak itu ini. Konon tu keje perempuan lagi teliti. Ngaku je la ko malas mende remeh2 ni. Sblm gi Putrajaya kami gi ofis developer dulu nak kepastian harga bumi. Biasa le mr. Matin banyak persoalan yg tak terjangkau dek akal fikiran aku. Itu le plk gunanua dia. Kreatif n kritis punya minded. Aku ni lurus bendul je. Harung je.
Selesai kat pejabat developer kat ss14 PJ. Kami amik anak kat umah mak terus ke Putrajaya. Lepas solat Jumaat kami gi presint 15 dulu. Pe lagi. Nyantap le. Tetiba mr. Matin teringat bende aku idam.sampai merajuk hati dgn dia tak dapat. Restoren ni member aku si Sarah le yg promo. Sedap katanya. Korang pernah ke pegi? Sedap gak. Kena taste tekak Melayu mr. Matin aku. Aku jgn tanya la. Semua pahit lagi. Dia kata sedap. Klu dia kata sedap tu sedap le. Tapi gambar makanan tak sempat nak snap. Licin habis. Sempat teh arab tu je. Kata mr. Matin ni dah macam teh Jepun. Bukan dia pernah gi jepun pun. Pengaruh tv je tu. Makanan dia pilih Lamd Sheeh Kabab and Mendy Rice. Nashwa amik chicken wings kabab je. Naqib pulak tandoori roll kabab chicken. Harga pun ok. Takde tax.