Home

Tuesday, December 6, 2011

Rainbow Cake

Sebenarnye cerita kek ni dah lama. 21/11 punya cerita. Oleh kerana tak ada cerita menarik hari ini trtapi gian nak post sesuatu maka saya ceritakan perihal kek yg satu ini. Sebenarnya kek ni hadiah saya untuk seorang kawan saya yang cantik secantik kek ini. Memang feel saya mcm ni. Sangat2 menghargai orang yang baik dengan saya. Bukan nak meninggi diri, tapi apa salah kita berbahasa pada orang yang berbudi kepada kita. Kek ni agak manis. Tapi saya suka lagi kalau kek marble yang biasa kita buat masa raya. Simple tapi sedap. Kek ni rumit tapi cantik. Saya lapiskan dengan peanut buttercream. Sedap juga. Sebenarnya kek ni satu bancuhan tapi dibuat dua biji yang kecil. Saix 6 je. Dapat 2. Satu untuk dihadiahkan kepada kawan. Satu lagi untuk makan sendiri. Jadi yang dipotong tu adalah bahagian anak di rumah. Cantikkan? Seronok tengok bila kek jadi. Lagi seronok bila orang yang dapat tu gembira.


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment