Macam tak puas melalui usia remaja. Tak mungkin. Tapi mungkin juga. Masa remaja saya terisi dgn penuh aktiviti belajar. Nak berboyfriend pun sekolah semua perempuan. Berasrama penuh pulak tu. Mak pulak siap warning. Tau je ada boifren, siap kau. Dah sekarang saya ada boifren baru yang saya gila-gilakan. Saban malam melayan yang satu ni. Macam budak remaja. Tapi dalam diri seseorg dewasa tu takkan terlepas naluri keanak-anakan. Saya suka dgn rasa remaja yang mcm ni. Gila dengan artis Korea. Lee Min Ho. Ermmmm. Tak dapat pergi Korea dapat tengok cerita Korea setiap malam pun dah cukup. Janji ada Lee Min Ho. Asal jangan anak dara saya yang 10 tahun tu tahu mama dia gila macam ni cukup. Malu beb. Selalu pesan dengan anak takde faedahnya minat dengan artis. Takkan nak bagitahu dia tunggu habis sekolah dulu. Saya dulu zaman.sekolah cukup minat dengan Luke Perry dalam Beverly Hills. Sampai ustaz koyak le poster yg saya tampal difail. Sampai sudah aku anti dengan ustaz tu. Ok. Saya nak layan Lee Min Ho sementara menunggu mata terlelap. Esok ada lagi tugasan yang perlu dibereskan.
No comments:
Post a Comment