Huhhh. Soalan.... ni kalau adik2 aku tengok ni mau diorang sepak aku sorang sikit. Kebetulan aku terbaca satu artikel yang tajuk dia WAJAH BABY FACE = PANJANG UMUR.
Dalam artikel tu kata orang yg baby face ni patut bersyukur berdasarkan kajian yg dibuat di Denmark. hasil kajian mengatakan bahawa orang yang kelihatan muda dari usia sebenar memiliki usia yang lebih panjang. Bukan aku kata, kajian kata ye.
Lepas tu kajian tu kata lagiorg yg berwajah baby face ni ada Telomeres sejenis komponen DNA yg berkait rapat dengan penuaan. Individu yang ada sedikit je Telomeres ni akan mengalami penuaan yang cepat. Yang banyak tu akan awet muda la.
Aku rasa aku punya Telomeres ni banyak kot. Huwahahaaaa. Jangan marah dengan kenyataan itu. Aku tak heran kalau orang yg muda selalu bahasakan diri diorang AKAK. terbukti le i nampak mudakan. Sampaikan pernak kena halau bila pergi kursus yang nakkan orang yg dah berpengalaman 5 tahun ke atas saja yang hadir. Masa tu.... Hello... u ingat i baru posting ke?
Apapun semua ni kerja Tuhan. Panjang pendek umur semua tu kuasa Allah. Baby face ke tak ke kalau dah sampai ajalnya tak kira masa dan tempat. ini semua kajian manusia yang tetap berguna. Tapi tetiba sedikit kerisauan melanda kerana aku merasakan mr. Matin lagi banyak Telomeres dia dari aku..... Oh tidak.......
ok. itu saja sedikit info yang agak keperasaan.
ni adik beradik aku yg rasanya memang banyak Telomeres.
saja menayang muka yang baby face, uwekkkkk. jangan muntah.
ok babai
Baby faces ker?? *pitam
ReplyDeleteAnon, silalah pitam.
DeleteMesti ko nk tau sapa yg komen ni kan????
ReplyDelete