Home

Monday, March 26, 2012

Makan, makan dan makan.

Lamanya tak berentry. Sibuk sesangat. Rindu sgt nak menulis tapi.banyak sangat halangan. Busy dengan kerja rumah. Busy dengan tempahan chocs. Sedikit tempahan kek. Paling penting busy dengan urusan kerja. Wah, cakap macam la aku saja yang busy. Macam la aku saja yg buat kerja.

Kerana sibuk ni jugalah aku tak memasak kat rumah. Memasak kat kedai je. Tapi semua tu kedai biasa.yang kurang menarik aku nak jadikan catatan.

Tapi hari Jumaat malam.sabtu lepas terjumpa mcm sesuatu yg menarik. Untuk aku n family le. Untuk org lain tak pasti le. Tempat pun.selesa la jugak. Di seksyen 7 shah alam. Sebelah je dgn unisel. Nama kedai dia pun YB. Jual burger aje pun. Tapi home made. Sedap plk tu. Ok sekarang layan gambar yg rasanya cukup clear.





Nampak tak yang sekilo tu. Hajat nashwa nak makan yg 250gm tu je. Tapi tak kesampaian sebab dah habis. Yg tinggal yg sekilo tu je. Fuh. Sekilo mau terbuntang kami makan. Dah takde tu dia ode aje yg beef blackpepper je. Pun homemade. Saiz normal je


Lepas tu mr. Matin amik yg kambing. Burger kambing. First tume aku makan seumur hidup.


Terasa kekambingannya. Huwahahaga. Emmmbekkkk

Ini i punya menu. Nasi arab. Kambing dia sama banyak dengan nasi. Macam biasa le mr. Matin akan habiskan. I kan jaga bodi.




Heran jugak kat sini apsal harga dia murah. Tak mahal mcm aku makan kat KD. Agaknya sebab students rate kot.


Mamat ni jugak selalu rugi. Mada org nak makan masa tu la dia tido. Agaknya sebab kena marah tumbuk kakak terus dia tido. Sian anak mama. Tapi tak heran sebab dah tahu dia kenyang makan kat rumah nenek.

Ni pulak muka2 kami yang kekenyangan.





Esoknya pulak mak ajak teman dia kat jalan Bullemy makan ikan bakar. Makan free apalagi cergas aje la pergi. Kebetulan lepas teman nashwa kokurikulum. Perut memang keroncong hebat. Mr. Matin jadi driver. Dah tibggal tulang baru teringat tak amik gambar lauk. Kelaparan.tahap kebuluran la katakan. Ermmm. Nak sambung kerja.lain plk. Catatan akan bersambung lagi.

Babai.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment