Home

Saturday, April 28, 2012

Sepi

salam.

lama betul saya menyepikan. banyak kerja. ni pun masih di dalam hutan ulu langat. penuh dengan aktiviti. tapi best dapat bilik depan sungai.

nanti bila saya dah keluar dr hutan ni saya sambung berblog ye


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Atok n Nenek pegi umrah.

Hari ni seawal 3 pagi aku bangun bersiap. nak hantar mak n baba ke klia. nak gi umrahkan. seawal 3 pagi jugak le aku dok pakai baju kurung.penuh sopan. lepas tu aku terus cabut gi kerja la pulak. ingat dekat ke klia nak ke hartamas. cik siti yg dok cyberjaya pun gerak 6.15 pukuk 7 sumtin baru sampai. ni aku tak tahu lagi nak gerak pkl berapa dari klia. mak kata pkl 6 checkin. sempat le subuh dulu tu.
Nashw aku gerakkan pakai baju pj terus. mujur hari ni memang jadual dia pj. takle semak sangat aku tgk dia berskirt bagai pepagi ni.
dalam 4.15 aku sampai rumah mak. tepat 4.30 kitorang gerak terus ke.klia. lengang je jalan. 2 bijik kereta. kereta aku bawak makbaba. kereta ateh bawah beg. yg lain tu ada anak kecik sian la plk nak suruh hantar. tu pun naqib aku angkat je tak mandi pun. adik2 lain meni, ome n ila naik dgn ateh.
dalam 5.15 kami sampai klia. ramai gak rupanya yg pergi umrah tarikh sama dgn mak baba ni. naqib yg tido nyenyak tadi boleh pulak bangun. siap main troly lagi dgn nashwa.


masa ni dia mamai lagi. tapi sempat gak makan sandwich yg ome buat utk mak breakfast sebelum checkin.




lepas ni dia terus bangun cergas terus dok sorong kakak dia.
tepat pkl 6 masa klia umum waktu.solat subuh kami pun gerak balik. tu pun singgah bagai. mc d la. nashw anak bawak bekal. mana sempat tadi nak goreng iti ini pkl 3 pagi. sampai kat area shah alam dah jam. mujur boleh potong ikut ata damansara.terus ke sekolah nashwa.dah hantar nashwa ke sekolah kena plk bagi mandi naqib. baru gerak ke hartamas. jam giler. kat depan rumah aku je pun nak turun ke nkve tu. adalah dalam 8 pagi baru aku sampai. ngantuk gila. kebetulan aku amik ubat. eksima aku dtg tetiba. gatal satu badan pepagi buta tu. ngantuk gilerrr.
terhoyong hayang aku kerja hari ni. ngantuk bangun awak bercampur.dengan ngantuk ubat. sampai ke petang tak dapat tido.

posted from Bloggeroid

Saturday, April 21, 2012

Atok Nenek nak pergi umrah

mungkin ini la tajuk entry yang paling. tapi yang paling seswai untuk saya. makan, makan dan makan. sentap dengan diri sendiri sebab suka merosakkan diet sendiri.

Tadi lepas kerja balik terus hantar mak n baba pergi kursus umrah. Isnin 23/4 dah nak pergi. memandangkan mak tak makan lagi kami terus pergi Rawsya. dah le mak n baba nak ke sana kami bawak lagi pergi rawsya. jangan mak n baba jemu sudah le.

Nashwa tak join kami. dia ikut busu n ome. budak dua org tu le yang ambik dia kat sekolah tadi. dengan baju sekolah tu jugak le dia ikut pergi curve, ikano, ikea. entah apa la dia pow budak berdua tu. nasib le korang. bila nashwa buat muka welfare tu semua org akan terpedaya. kecuali mama dia je.


naqib ternganga tido. tiap kali gi restoren arab mesti dia tido. ada sumpahan kot.


ni dessert. seddap weh. seswai dgn tekak aku kot. mr. matin tak boleh nak telan. manis sgt dia kata.


kami pilih lamb n chicken mandy. makan empat orang punya potion tapi boleh makan lapan orang punya.


atok dah lapar tu.
















naqib ni kita bawak dia pegi makan tempat selesa dia tido. masuk.dalam kereta mula la lapar. baru nak makan. dah menyusahkan nenek nak makan itu ini. kat atok pulak mintak nak minum la pulak.
ni la susahnya kalau cucu dijaga nenek. manja bangat. tak tahu le dua minggu atok nenek pergi umrah. hoyong hayang le korang. naqib dah tanya dah. "macam mana la naqib ni ye nenek". syahdu le bunyinya. takpe la naqib. adik berdikari ye untuk 2 minggu ni. alangkan ambil cuti jaga korang budak2 kenit.


ini la lapan orang budak yang akan menghuru harakan hidup alang adik aku aku selama dua minggu termasuk anak dia 2 orang. nasib la kau lang. anggap le minggu diet untuk 2 minggu. siap boleh exercise lagi. baik suara ataupun fizikal. lek la. dua minggu je kan. mak n baba dekat 10 tahun huri hara lek je.

tu je. semoga mak dan baba tenang mengerjakan ibadat di tanah suci tanpa gangguan budak2 kenit yang notty. atok n nenek tolong doakan yang baik2 untuk kenit2. semoga semuanya menjadi soleh solehah, bijak dalam pelajaran, terang hati dan baik tingkah lakunya. amin.

babai.
posted from Bloggeroid

Makan-makan hari Sabtu

Bosan betul kalau kena kerja hari Sabtu. untuk mengisi kebosanan kami reramai bercadang masak n bawak makan reramai gak. ada la kami dalam 10 orang. mujur saya bawak nasik jek. sayakan pemalas. paling senang masak nasi.
siti masak sayur, sarah buat ayam goreng berempah. sampai lewat dia datang sebab menggoreng ayam. kak farid buat sambal tumis udang n.asam pedas ikan. sebenarnya bukan nak makan sangat tapi mengengangkan makanan kat kantin yang memang tak.sedap tu, masak sendiri n share dgn kawan2 sangat la menyelerakan sambil sembang2. tapi saya bukan boleh buat kira. orang lain sekali makan je. saya 2x tambah. kalau 5x. bangsa perut tong sam. . .


dah setengah makan baru teringat nak amik gambar. asam pedas tu sangat sedap yang dimasak oleh kak faridah. gambar tukang masak takde. sibuk gi ngajar budak pj pulak.


kak ti tak bagi orang lain ayam goreng berempah sarah. seketul je dia tinggalkan.


Tan ni tetiba je datang. bau je dia boleh kesan.


sian afifah. dok berkejar bawak budak ke putrajaya. tak sempat makan pun. dapat minum je. nanti bebila kita makan2 lagi pipah.


aku je takde. takpe la. sebagai tuan punya blog saya kasi can pada diorang utk menempel. ni semua sekepala dengan saya.

hari ni perut kenyang hati pun senang.

tu je. babai

posted from Bloggeroid

Thursday, April 19, 2012

Bandung kali ke 2

Bertarikh 31 Mac tengah malam buta pukul 11.45 malam aku, siti, kak ti n datin asriah terbang ke Bandung. aku n siti ini dikira kali kedua fly sana. tujuan kami apa lagi baju raya le. kat atas awan siti sempat lagi supper megi abc brand indon. minah ni mana tahan lapar. Gambar dia dah terlepas ke bawah. malas aku nak betulkan.


ni masa sampai ke hotal dalam pkl 2 pagi Malaysia. aku bum terus. kak tie je sibuk cuci muka lagi. orang jaga kecantikan. aku main hentam je.


kak asriah @ datin asriah ni boleh menyembang lagi. mana taknya. dia dah tido 2 jam kat atas
model megi ABC

2 jam ni dia tido
sori le gambar blur mcm aku masa sampai ni.ngantuk. camera plk yg cinonet je aku bawak. tu pun mujur aku bawak. aku nak shopping je bukan nak bergambar
pepagi buta kitorang gi pasar baru. tolong bukak kedai.
kedai jual kerepek kat bawah pasar baru

korang nampak lengang lagikan. tak ramai lagi masa ni. tunggu kejap dlm 30 minit. tetiba dengar je orang panggil sambil jerit nama rokiah. ramai gak orang Malaysia hari tu

ni kat kartika sari. kedai kek paling popular kat sana


ni kat rumah moda. tak boleh camera rupanya
ni dah nak balik

yang heret beg merah tu korang tau tak berapa kg. 40 kg  tu. overload. nyampah aku. dia tak kena tahan kastam. aku n kak ti yang kena. siot betul. aku tak faham le mcm mana kastam ni buat kerja. tak sungguh dan tak betul2. yg lebih tu dia tak tahan. sah2 40kg. aku setakat 16 kg ni dia tahan. kak ti pun dlm 20 kg dia tahan. yg tahan tu kat LCCT la. kat bandung sah2 le kak asriah kena bayar harga beg.




ni sebahagian barang budak2 tu. baju aku takde pun aku ambik gambar. malas. tak banyak pun. sehari shopping mana cukup. mau 3 hari baru penuh. berbaloi le kastam nak tahan pun. 

masa kat rumah moda pun tak lama. sekejap je sebab dah nak tutup. ni je la semnpau beli. asal kasut but naqib dapat dah kira ok la tu.


tu jeh. 
babai

Wednesday, April 18, 2012

Hormat.

salam.
tadi saya ke putrajaya menguriskan hal berkaitan rumah. pegawai di kaunter hadapan sangat ramah dah sedia menolong. sampai ke kaunter sepatutnya pun ramah. sedia menolong apa yang patut. cuam urusannya tadi menurut lawyer rumah yg suruh saya ke sana untuk hantar salinan perjanjian yang original. sampai di kaunter lain pula jadinya. katanya salinan itu untuk simpanan saya. suruh lawyer buat lain dan hantar. ok saya berpuas hati. di luar bangunan saya terus call lawyer. dia kata salinan asal hanya ada pada saya. ok. saya masuk semula minta lawyer bercakap sendiri dengan pegawai di dalam. lawyer pun tak kisah ok je.
sampai di dalam. pegawai di kaunter masih sedia untuk menolong dan memanggil seorang rakannya untuk membantu berkaitan dengan hal tersebut.
dengan pegawai yang satu ini lain pula ceritanya. dia kata saya perlu bagi yang original. dengan suara yang lantang dan keras budget menerangkan tujuan dia meminta salinan asal.
bila saya kata inilah tujuan saya datang untuk memberi yang asal. tapi ditolak sebentar tadi. sebab saya dah tanya dan cerita hal yg lawyer rumah yg suruh hantar. bila ditanya dwngan elok lemah lembut dan dibalas dengan suara yg lantang macam tu macam saya ni org tak berpelajaran itu sangat kurang sopan. siapa pun saya walaupun dari ceruk mana saya datang sila layan dengan baik. bukan saya sahaja. semua orang. tolonglah. anda berada di dalam aircond. saya menempuh panas diluar. lipstik pun cair. make up anda sikit pun tak terjejas. berpelajaran macam mana pun anda buatkan saya nampak anda seperti tidak berpendidikan dan kurang diajar. saya pernah berurusan dengan orang yang lebih tinggi pangkat dari anda tapi masih boleh bercakap dengan berhemah dengan saya.
dengan panas yang menyebabkan saya migraine sebelum.saya berurusan dengan anda boleh je kalau nak balas dengan tengking jugak. tapi saya masih berhemah. malas nak layan orang bodoh sombong macam tu. saya pandang je pegawai yang asalnya berurusan.dengan saya. dia pun senyum je. yang dipanggil utk menolong kalau taknak tolong kata je sibuk tak payah tolong menyakitkan hati orang lain. saya nampak muka pegawai yang duduk tu serba salah.
memang tak semua perangai buruk macam tu tapi nanti kerana nila setitik rosak.susu sebelanga. muka memang cantik. tapi perangai buruk. dia ingat dia je berpelajaran agaknya.

ish tak tahulah nak istilahkan.orang macam.tu. menyampah. rasa nak je sebut nama.
jadi pegawai2 yang kena berurusan dengan orang ramai. cuba tanamkan rasa hormat dan sabar tu lebih dari klien yang di depan kaunter tu. anda mencerminkan wajah jabatan/agensi anda.
jadi tak salahlah bila saya selalu dengar orang swasta bersungut bila berurusan dengan orang gomen.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 17, 2012

Kenduri Doa Selamat Ateh 13/4, satay dan Ikano

Salam.
Hari Rabu lepas ateh call tanya kitorang busy tak jumaat malam. memang tak busy la kan. so dia ajak gi makan kenduri doa selamat rumah FIL dia. kami memang dah biasa kat rumah FIL dia yg kat wangsa maju tu. Malam tu kami ramai2 le pegi. Mak n baba naik kete dengan aku le. Yang lain share lagi dua kereta. angah dengan meni je tak pegi. angah tak pergi tapi dah wakilkan anak dia si daniya pergi. 
 minah ni pandai bergaya ikut tempat. kenduri macam ni, party macam ni, doa selamat macam ni. jubah ni masa baba dia beli masa gi Iran 
 tu dengan aunty meni, dia tak join kenduri sebab kena jumpa kengkawan dia. nenek bebel dia pentingkan kawan dari sedara. lek le nenek. bila lagi nak jumpa kawan.

 tak faham aku kenapa diorang suka buat muncung cam ni. dengan nashwa sekali suka buat. budget cun la tu buat mulut mcm tu. 




 mamat ni dah ngantuk sebenmarnya. balik sekolah main tak hingat. biasa malam 8.15 dia dah cari katil.
 tengok le muka dia tu. kakak aisyah sikit punya senyum tu. comel je minah ni bertudung bulat muka.
 kakak nashwa dah macam anak arab dah. mr. matin cukup bangga dengan anak dara dia ni.
 auni yang tak pas lagi nak buat peace. sian dia sampai juling tengok jari.
 nashwa anak dara i yang come lote
 aisyah montel

 apa kau nak buat ni budak. gomol kang 
muka sentap sebab nak tido 
 fatini @ petpet yang comel. 

 angah tak dapat datang jadi daniya ni la wakil mak dia. peramah tak terlayan budak ni. masuk orang. bukan macam anak aku takut kat orang. dia ni habis makcik2 dia interviev.
masa kat kenduri sempat amik gambar busu je. sebab naqib mengamuk. meraung kat rumah orang kenduri. sebabnya nak tido je. bagi sirap secawan dia terus tido. mujur tuan tumah bentang carpet. bergelimpang dia tido sampai angkat bawak balik. sampai pagi dia tido.

masa kenduri ni macam2 ada. mee udang. sate. laksa. kuihmuih. puding. buah. naqib punya pasal hilang selera makan. sempat rasa mee udang je skit.
sebab naqib yang suka sate tu tido tak makan sate fevret dia, ateh bekalkan sate utk dia bawak balik. esoknya aku panaskan makan dengan nasi goreng. sedap le jugak. sekali makan sampai 4 cucuk. memang dia suka pun.







 muka happy dapat makan satay

esoknya hari sabtu tu nashwa ada kelas drum dan tae kwon do. lepas hantar dia kami 3 beranak terus gi lepak kat ikano. sempat le naqib pow baba dia sebiji bola kat toy r us. lepas tu lepak kat poppilla lepas shopping barang dapur kat cold storage. 









naqib yang happy dapat ball. balik terus ajak main. 

ok. penat dah . babai.