Salam.
Hari Rabu lepas ateh call tanya kitorang busy tak jumaat malam. memang tak busy la kan. so dia ajak gi makan kenduri doa selamat rumah FIL dia. kami memang dah biasa kat rumah FIL dia yg kat wangsa maju tu. Malam tu kami ramai2 le pegi. Mak n baba naik kete dengan aku le. Yang lain share lagi dua kereta. angah dengan meni je tak pegi. angah tak pergi tapi dah wakilkan anak dia si daniya pergi.
minah ni pandai bergaya ikut tempat. kenduri macam ni, party macam ni, doa selamat macam ni. jubah ni masa baba dia beli masa gi Iran
tu dengan aunty meni, dia tak join kenduri sebab kena jumpa kengkawan dia. nenek bebel dia pentingkan kawan dari sedara. lek le nenek. bila lagi nak jumpa kawan.
tak faham aku kenapa diorang suka buat muncung cam ni. dengan nashwa sekali suka buat. budget cun la tu buat mulut mcm tu.
mamat ni dah ngantuk sebenmarnya. balik sekolah main tak hingat. biasa malam 8.15 dia dah cari katil.
tengok le muka dia tu. kakak aisyah sikit punya senyum tu. comel je minah ni bertudung bulat muka.
kakak nashwa dah macam anak arab dah. mr. matin cukup bangga dengan anak dara dia ni.
auni yang tak pas lagi nak buat peace. sian dia sampai juling tengok jari.
nashwa anak dara i yang come lote
aisyah montel
apa kau nak buat ni budak. gomol kang
muka sentap sebab nak tido
fatini @ petpet yang comel.
angah tak dapat datang jadi daniya ni la wakil mak dia. peramah tak terlayan budak ni. masuk orang. bukan macam anak aku takut kat orang. dia ni habis makcik2 dia interviev.
masa kat kenduri sempat amik gambar busu je. sebab naqib mengamuk. meraung kat rumah orang kenduri. sebabnya nak tido je. bagi sirap secawan dia terus tido. mujur tuan tumah bentang carpet. bergelimpang dia tido sampai angkat bawak balik. sampai pagi dia tido.
masa kenduri ni macam2 ada. mee udang. sate. laksa. kuihmuih. puding. buah. naqib punya pasal hilang selera makan. sempat rasa mee udang je skit.
sebab naqib yang suka sate tu tido tak makan sate fevret dia, ateh bekalkan sate utk dia bawak balik. esoknya aku panaskan makan dengan nasi goreng. sedap le jugak. sekali makan sampai 4 cucuk. memang dia suka pun.
muka happy dapat makan satay
esoknya hari sabtu tu nashwa ada kelas drum dan tae kwon do. lepas hantar dia kami 3 beranak terus gi lepak kat ikano. sempat le naqib pow baba dia sebiji bola kat toy r us. lepas tu lepak kat poppilla lepas shopping barang dapur kat cold storage.
naqib yang happy dapat ball. balik terus ajak main.
ok. penat dah . babai.
No comments:
Post a Comment