saujana mata memandang. kematu dalam kereta
masa belum lg adegan cakar mencakar, cubit mencubit, jerit, baling membaling. masih waras lagi ni
Pkl 3 atas jalan lagi. Belum masuk tanjung malim pun. Tetiba mak plk nak terkencing. Mak aih toilet mcm org q nak beli tiket wayang. Punya la panjang. Baba kata beratur tu sepat sampai cameron dulu. Agak melampau la kan. Baru pkl 3. Maknanya lagi 5jam mak kena tahan kencing. Nashwa pun ngeluh nak kencing gak. Naqib pulak dah bebel mana hotel dia. Tak sampai2. Nak cepuk pun ada. Mujur jugak mak dah siapkan bekal. Untung jalan dgn mak mcm ni la. Segala jenis bekal ada. Jajan utk cucu semua ada.
gambar2 mereka selesai solat
gambar2 mereka selesai solat
kaki nashwa kena gigit semut
nak sambung perjalanan. atoknenek pun kena isi minyak gak
Tetiba naqib jerit nak kencing. Nak dipakaikan pampers dia taknak. Aku tau tu siren nak tido. Puas le atok n nenek pujuk dia pakai la jugak. Tak sampai 5 minot dia dah tido selepas bercakaran dengan kakak dia. Biasa la budak dua org ni mana boleh dekat klu jalan jauh. Acara cakar harimau mesti adanye. Lepas tanjung malim jalan sgt clear. Apalagi driver pun pecut la. Tetiba sampai sungkai.sangkut terus. Nak tak nak kena exit sungkai. Ghopenya jalan federal sgt clear ok. Sempat le mak lepaskan hajat kat petrolpump situ.
kedai antik tepi lata iskandar. mak kata ni betul2 tembaga
Terus lagi baru le nampak papantanda 64km cameron highlands. Singgah buat jamak kat.masjid batu3 tapah. Lega sangat. Masa tu dah pkl 5.45 dah rasanya. Naik atas ni tak jam langsung. Relax je driver kitorg.
nashwa takut kat anjing. banyak betul anjing nak naik ke cameron ni
laki aku yg budget artis
Sempat gak singgah kat lata iskandar. Dah pkl 6 lebih dah masa ni. Org yg jumpa solat kat masjid pun sama singgah. Mak sempat le shopping.pisang mas. Mak mana boleh tak shopping. Goreng pisang pun jadi. Selesai kami amik gambar kami terus gerak ke atas.
mama n anak dara yg lawa. huwahaha
Oklah nanti aku sambung lagi siri lain. Ngantuk. Bye
Published with Blogger-droid v2.0.3
No comments:
Post a Comment