Home

Monday, January 16, 2012

Conversation

Berlaku Jumaat lepas antara Naqib dengan baba dia. Mama dia tersandar kelemahan di seat depan. Baba drive. Dan Naqib dok kat belakang sambil peluk beg sekolah. 

Baba : Naqib, best tak school hari ni?

Naqib : Best.

Baba : naqib sembang tak dgn kawan dalam kelas?

(mcm mistahil sbb anak aku mcm antisocial. Dia ckp dgn org rapat je)

Naqib : sembang je.

Baba : naqib sembang apa?

( mama n anak perempuan diam saja ye. Biar mereka yg lelaki sahaja)

Naqib : sembang le. Baba ni byk tanya la.

Baba : naqib sembang dgn sape?

Naqib : aqib dok sebelah zana.

( mesti teacher nak bagi bebudak ni mesra sesama, xde le yg boys dok buat hal sgt)

Baba : zana tu lawa tak?

( amboi bapak engkau )

Naqib : . . . . . . .

.

.

.

.

.

Dengan suara yg perlahan dan bunyi macam frust

Naqib : tapi zana tu suka kat org lain.

Baba, nashwa n mama yg sedang terlantar kesakitan tetiba pecah perut okeh. Bergegar kereta. Naqib mula2 terpinga2. Bila dia tengok org gelakkan dia, dia pun mula la meroyan.

Naqib : huwaaaaaaaaaaaaa. Jgn gelakkan aqib. Huwaaaaaaaaa.

Moral of the story : jgn ingat budak kecik takde perasaan ok. Tapi aku faham, mungkin zana dah biasa dgn budak lain yg dah masuk sekolah tu sejak umur 4 tahun. So susah le dia rasa nak mix dgn naqib yg antisocial.

Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment