Home

Showing posts with label Nashwa. Show all posts
Showing posts with label Nashwa. Show all posts

Monday, October 14, 2013

JB here we come....

Hari Rabu tiba je hubby ajak jom Johor. Abg ada kerja. So Jumaat kami pun ke Johor. Hubby dah booking Berjaya Waterfront Hotel yang dulunya The Zon Hotel. xclassmate masa sekolah menengah yang orang Johor syorkan hotel ni sebab senang nak hiburkan hati kala bosan bila hubby kerja. Bawah ada emporium n shopping complex. keliling ada kedai makan yang pelbagai. Stulang kan sini. 
 hubby check apa yang patut
 ok la kan luas n katil besar
 budak ni plg suka klu ke hotel

 malam tu pkl 2 baru budak2 tido termasuk makpak budak. kelemahan kat sini satu je. pub yang sangat bising di bawah.
esoknya lewat kami turun makan. letih kot lepas sekolah terus gegas ke JB. sebelum turun tu berendam le budak2 ni dalam bathtub
 nashwa n naqib ready for breakfast
 anak dara i
mak dara n anak dara
 cafe. tak banyak sangat pilihan nak makan tapi ckp la untuk semua malaysian. 1malaysia punya food la kiranya. melayu ada, cina ada indian pun ada. variety untuk semua bangsa malaysia
 cik kak ni suka nasi lemak
Naqib enjoy dengan hashbrown
 anak-anak i memang tekak western

cantik jugak kolam ni kan
diorg pergi memantau pool

 dari koridor depan bilik. mak gayat uolls
 dari tingkat 12 ni...... weeeee geli kepala lutut
 siap sedia nak terjun
sempat le my hubby temankan diorg terjun dulu sblm pergi kerja
walaupun di rumah sendiri dah ada pool. asal ke hotel je ini la diorg cari pool jugak.
ok la. penat campur malas dah. babai. nanti sambung lg

Saturday, October 12, 2013

Kenduri minggu lepas

lepas je balik dari Halfest kat Mines aku berkejar teman mak n baba pergi kenduri plk. hahaha iollss lg tebal ok mekap dari pengantin... silap tak ambil gambar dengan pengantin. aku dah ckp kat amar aku nak gi kenduri kawen tgk pengantin. bukan aku yg nak kawen. aku takleh nak salahkan amar. rasanya jurusolek pengantin yg salah. atau pengantin mmg nak solekan tipis sgt....
 dgn anak dara ku....

 dengan mak dan adik2. achik n alang. sampai hati nashwa amik gambar mak dia sekerat sebab dengki adik dia ada dlm gambar. baba aku mana hilang dah masa ni. menjejak sedara le tewww
sian naqib. tak patut tau nashwa ni
see... tebalkan makeup i. naqib masa ni tgh sakit perut. muka menahan le tu

Monday, January 7, 2013

Nashwa dah dapat poom

Salam. Bersawang blog aku ni. Busy. Wah kalah menteri. Lately mmg penyakit malas semacam menyerang. Faktor usiakah? Aku tengok mak aku tu makin meningkat umur makin ligat je. Takde la istilah malas. Azam tahun ni akan lebih rajin. Tengoklah. Harap tercapai.
Berbalik pada tajuk, nak cerita nashwa dah dapat poom. Poom ni kita blackbelt la utk bawak 18 tahun rasanya. Ceremony pada 22/12/12 lepas. Punya lapok dah. Dia grading ni bln 10 rasanya kalau tak silap.
Ni ada skit2 gambar nashwa. Dgn adik dia. Dgn master chong dia.
Masa nak tempah belt tu dia boleh tulis nama bahasa cina dia. Hadoi dah le makpak kau tak faham. Klu belt tu tercicir haram aku nak perasan tu nama anak sendiri....













Monday, March 19, 2012

KIDZANIA : Meneroka Alam Kerjaya

Jom kita sambung cerita explorasi alam kerjaya kita yang terbengkalai lama. Sangat2 sibuk nak bercerita panjang. hanya sempat dengan entry yang pendek2 je. 
kidzania ni memang best untuk kita bawak anak2 yang dah sekolah. kalau bawak budak mcm naqib yang tak suka orang ramai ni payah sikit. agak membazir juga kalau bawak budak macam tu. 

masuk je kat lobi kidzania tu kita akan nampak dah macam di airport. menarik nak tarik kanak-kanak.kat sini le kaunter tiketnya. tiket dewasa hanya rm35 tiket kanak2 atas 3 tahun rm55.

 ni le rupa tiketnya. macam tiket airasia sebijik.
 naqib excited sesangat... muka happy je
 kakak lagi le. tak sabar2
 KIDZANIA International Airport

 lepas dapat tiket pergi kat kaunter hujung, dia pasangkan benda ni. amende tah nama dia. mungkin sebab kami dah dapat tiket awal tu sebab kena pergi hujung kot. sebab tiket boleh dibeli online. print dah tunjuk je kat kaunter. kitorang ni dapat tiket free.
 tengok tu naqib dah tayang.
 macam biasa tangan i je la yg takde. benda ni akan di scan bila nak masuk nanti dan juga di station mana2 yang anak2 akan masuk
 di kaunter juga akan bekalkan kita map sebagai panduan di dalam nanti
 anak2 juga akan dibekalkan dengan cek $50

kecik2 dah dapat cek

nashwa busy dengan map.  dok berkisah mana dia nak explore dulu
 ni masa nak naik. macam kita niak flight le
kat depan pintu masuk dia ni dah ada shop yg jual baju n barang2 yang comel, harga jangan cerita le. tgk harga tiket pun dah menggambarkan harga di dalam
 baru melangkah masuk je Nashwa dah di interview. Naqib heran. mende le orang ni tanya kakak dia
pandai dia jawab

 beratur kat CIMB nak cashkan cek. ibu bapa tak boleh masuk. anak2 je kena buat sendiri.
comel je naqib kat kaunter. tapi tak clear la plk
first station kakak nak try pilot. naqib nak ikut tapi kena mama masuk sekali. aduhai mana boleh masuk nak ooiii

tengah bosan tunggu kakakdia kat dalam. dekat sejam juga untuk satu2 kerja tu.
 tgh tunggu giliran le tu
 q nak jadi surgeon plk 
hospital tempat dr. nashwa bertugas.

 tak habis2 reporter interview nashwa

 nashwa dah masuk dalam
ok. tengok je la. dari gambar2 ni sedikit sebanyak boleh dapat gambaran apa anak2 buat di dalam.


 ok. dr. nashwa dah ready nak main pisau 





 kopi ni sangat mahal ye. 3kali ganda harga mc d
 sosej ni tak silap rm4.50
 makan je dia tahu. semua dia taknak buat. seketul sosej. 3 ketul donut
 nashwa nak try jadi chef plk. tp sushi king dan ayam brand penuh. marry brown tak ramai sgt. nak masuk ni kena bayar. guna le duit yg dah di cash kat CIMB tadi tu.



 kakak tolong cr apron saiz adik. tapi takde. 
 sebab dia paling kecik. org sukarela le tolong dia.
 cuci tangan bersik2 dului sebelum proses membuat makanan. kebersihan perlu diutamakan




 nampak tak apron dia meleret sampai ke lantai tu. Naqib nak buat yang ni je. sebab boleh nampak mama kat kaunter. ermmm. sebab ni la dia batal cita2dia jadi pilot sebab nanti pilot tak boleh bawak mama. adoooiiiii


 kakak tolong adik



tengok le muka dia tu. nak cuba tapi taknak mama jauh. mujur nak pergi sekolah tak payah mama tunggu. mujur sesangat.


 muka happy burger dah siap. so boleh makan

.
.
.
.
.
kerjaya seterusnya....... 
dia nak jadi pelakon pulak..... 













nashwa as alice in wonderland. comel sangat. sedap suara dia bila berlakon

















hanya orang yang suka dengan kanak2 je sesuai buat kerja2 ni.
.
.
.
.
.
sekarang ni dia nak try kerja lain pulak. 
suka hati la sayang 


dia ni taknak buat satu kerja pun. apa le adik ni. nak kepit dengan mama je

ni la bank tempat budak2 tukar cek. kad kredit pun ada. tapi tak pasti mcm mana budak2 tu apply. tak payah le. kecik2 dah nak guna cc







 
ni le tempat nashwa berlakon teater
.
.
.
.
.
dia nak jadi jurusolek pulak


 habis le kuku budak tu




 ni naqib pergi tengok fire brigade  buat kerja plk. ada hotel terbakar. dan sekatan jalan raya. budak kecik jd polis. comel sgt

 fire brigade dah selesai kerja tapi nashwa masih lagi kat saloon

melukis pulak





 tak seni langsung

ni tarian penutup 


 balai bomba tadi

tepat pkl 9 kami keluar dari pkl 4 masuk. semua kelengkapan untuk ibu bapa ada di dalam termasuk surau. disko pun ada untuk kanak2. cuma kita kena bijak terapkan nilai pada anak2. ini berkonsepkan barat. penat2 kerja boleh pergi disco. jadi bimbingan ibu bapa tu penting sangat. setiap jam di sini loceng akan dibunyakan dan staf akan menari. juga bukan nilai kita. ada pro dan kontra di situ. kalau hanya nak memandang yang negatif tu. duduk rumah je. jangan keluar. lepas tu jgn marah bila org panggil katak bawah tempurung. anak2 perlu kita dedahkan semua ni. supaya dia nampak mana baik dan buruk. 

 itu saja sedikit sebanyak gambaran di Kidzania. sangat bagus untuk anak2. kat negara lain dah lama ada. kita je baru nak buat. ni tak sampai separuh ni. ada berpuluh jenis pekerjaan. hanya 6 je nashwa sempat buat.  pandai marketing diorgkan. kalau pergi weekday dapat le 8 jam di dalam. weekend hanya 5 jam je. pagi dan petang.

ok babai. penat dah