Home

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

First time seumur hidup....

Salam. Tak pernah merasa sebelum ni. Masa kawen pun i solek sendiri. Tq pada hubby yg membodek Amar makeup artist Simplysiti. Totally berubah muka i ok. Dan bila.pergi kenduri tengahari tu i lagi lawa dr.pengantin. kihkihkih
jelita i kan.... sapa lagi nak pujikan uollsss
ni i dapat free jer..... tq Amar... orang lain susah payah beli barang... i dapat free jerrrr. ok la ni saja nak tayang muka lawa hari tu.... tak basi punya cerita.... babai 

Monday, October 29, 2012

Appendix saya pecah

Salam. Ni cerita last two weeks. My appendix pecah dan bernanah. Sakit sangat. Sebenarnya saya dah rasa sakit dari Ahad malam sambil ajar dan teman nashwa baca buku untuk exam sekolah agama dia. Badan tiba2 rasa panas. Tapi masih bertahan. Isnin saya pergi kerja lagi. Tapi dah tak boleh berdiri tegak. Belah kanan perut. Badan jadi seram sejuk.
Selasa saya dah tak tahan. Pergi klinik yg selalu pergi. Doc kata kencing kotor. Ok. Saya percaya. Wlupun doc bagi ubat tahan sakit still sakit sangat. Bila tengahari badan mengeletar kesejukan. Dapat mc untuk hari Selasa.
Then hari rabu saya masih pergi kerja. Saya bukan jenis yg suka nak ambil cuti sakit bagai. Since 2008 saya tak pernah ambil cuti. Rasa sakit masih lagi kuat. Miss ong berleter bila saya bagitahu saya sakit belah kanan. U nak mati ke. Jgn fikir apa2. Better u go to the hospital now. Kak gina pun sama. Berleter bagai nak rak. Saya memang degil. Kawan2 whatsapp pun bising suruh pergi hospital. Sebab ni dalam perut. Tak nampak dgn mata. Ramai yang ambil berat. Ramai juga yg tak faham. Takut kalau saya cuti kerja tak jalan. Pagi Rabu saya dah called bgth lewar sebab sakit. Pun sampai je ke sekolah dah dapat relief. Ok. Think positive. Mereka tak tahu saya sakit. But please concerned dgn keadaan seseorang. Secara logik. Selasa saya mc dan rabu called lewat sebab sakit. Kalau saya la, sangat faham. Mujur bukan kelas exam.
Tengahari hb ambil saya di tempat kerja. Sangat sakit dari pagi so memang saya tak drive pun. Petang rabu tu pkl 3 dia nak ke kelantan outstation. Hati sangat sedih sebab masih sakit. Dalam masa yg sama adik saya angah paksa suruh pergi hospital. Takut appendix pecah katanya. Mak n baba pun bising. Hb pergi jugaj walaupun dia berat hati sebab ada task penting yg dia kena present kat sana. So petang tu saya drive sendiri ke rmh mak sbb nak ambil nashwa dari sekolah agama. Mak suruh saya balik ambil semua baju n buku sekolah nashwa untuk esok. Baju sekolah naqib memang mak yg basuh hari2. Saya balik semula ke rumah dan ambil beberapa barang keperluan saya sebab saya dah tak tahan dgn kesakitan ni.
Lepas maghrib baba n mak sent me to bahagian kecemasan. Sangat sakit ok. Rasa nak putus nyawa dan saya tak boleh berdiri tegak.
Saya tunggu doc buat check up dari pkl 8 sampai tepat pkl 12.05. Bayangkan saya terbongkok di kerusi keras depan klinik. Kesian tgk baby yg ramai tunggu giliran. Sebenarnya saya hampir sangat nak balik semula ke rumah. Sebab kesian dgn mak baba yang tunggu saya. Saya oun dah tak tahan duduk. Tapi masih ligat berwhatsapp dgn hb. Merajuk sakan saya malam tu. Orang sakit memang sensitif. Elok masuk je jumpa doc. Dia check perut tekan itu ini. Terus dia kata kena warded. You kena operate buang. Cara u jalan i tahu u sangat sakit n u naj sakit sampai bila. Saya siap buat permintaan boleh taj saya dtg semula ahad after naqib punya concert. U nak mati ke? Sakit dari isnin dan tahu tak appendix u dah pecah. Ok. Saya menurut perintah tuan doc. Bukan rezeki mama nak tengok naqib concert.
Keluar dr klinik ambil beg dekat mak n terus masuk icu. Ambil air kencing. Doc check itu ini dah suruh saya masuk wad 5B.
Pagi jaga dari tidur 18/10 tu sangat sakit di perut. Nurse bagi ubat tahan sakit. Saya kena sign surat utk operate bagai dan pukul 9.15 masuk OT. Hb pulak ambil flight paling awal pagi tu dari KB. Dia sampai saya masih dalam OT. Dalam pkl 12.30 saya tersedar masih tak rasa sakit sangat. Tp saya dah nampak hb. Dengan kopiah putihnya. Lawak pun ada. Macam datang nak tuntut jenazah saya. Alhamdulillah masih panjang umur.
Rupanya saya kena semua infection yang pakar bius cakap. Saya muntah dengan teruk selepas operate. Paru2 saya ada lendir. Saya jadi batuk. Saya dapat ciritbirit. Antara kesan ubat bius yg buat saya tidur tak sedar diri. Dah rasa bius separuh masa lahir nashwa dan naqib. Tapi ni lain tekak jadi pedih sebab doc kata masuk tiub. Saya redha. Doc kata appendix saya dah pecah 55mm. Panjangnya sebesar telunjuk kita. Kiranya dah pecah teruk la kan. Saya jadi ciritbirit dan demam selepas operate sebab nanah dah masuk dalam darah. So just imagine what will happen if i wait until Sunday? Bila saya bagitahu saya nak tunggu ahad. Doc kata ada orang mati sebab appendix. Oh! Next year mama tgh naqib punya concert ok sayang. Nashwa pun ponteng sekolah sjkc sebab nak bg dia tumpuan exam sek agama. Lgpun exam sjkc dah habis. Balik lambat n letih nanti dia tak boleh tumpu plk nanti. Khamis n jumaat je.
Hari jumaat Put3 datang melawat. Walaupun beranak kecik dia datang dan kalut balik plk nak ambil anak balik sekolah. Tak pasal dia kena urut bahu kanan saya sebab sangat sakit. Tq put3 dengan putu bamboo tapi tak blh makan sebab muntah n doc suruh puasa.
Mak baba pun datang. Sabtu mak baba ateh teman sebab hb pergi hantar naqib concert.
Ahad kawan tempat kerja lama datang. Best friend hartamas Sarah n Siti. Sarah dah kena tahun lepas. Tapi appendix dia tak pecah lagi. Takle teruk sangat. Sayang korang berdua. *pelukkuatkuat*
Tempat kerja baru. Takde siapa pun. Kak gina ada called. Mesti nak tanya no ward. Tapi suara tak keluar langsung. Mmg tak angkat called sesiapa pun. Saya muntah teruk sepanjang masa di hospital. 5 hari sangat menyiksakan. Dapat keluar hari Isnin tu ya Allah lega sangat. Dah boleh bangun sendiri sikit2 syukur sangat. Masa sakit ni la rasa nikmatnya waktu sihat. Untungnya orang yang sihat.
Terima kasih sangat pada mak dan baba yang jaga anak2 saya sepanjang saya di hospital 5 hari. Love both of you so much.
Tq jugak utk put3, lela, liza, idah, wa zura, shima, hady, jasmi n eiah yang tak putus beri kata semangat n doa. Segala pantang larang semua keluar especially dari lela.
Sakit masih ada. Berdarah pulak tu luka operate. Tapi saya kena kuat. Khamis ni kena kerja. Harap mereka faham keadaan saya yang masih terbongkok tak boleh berdiri tegak dah duduk lama. Tak boleh naik tangga. Ni je nak luahkan. Babai.

saya di wad 5B katil 23. tak perlu bilik first class sebab saya penakut. ini nak ke toilet pun saya ajak nurse temankan
mula sini. harikedua bengkak lengan saya dan keras
tukar sini pulak.. dah bukan pasang balik. adoi sakit. dah le i takut jarum
sebelum saya ke hospital petang tu naqib jatuh atas jalan tar depan rmah nenek. sangat sedih ok. nak tinggal anak yg cedera
no ni la yang bua saya tunggu lebih dari 3 jam.
ok bai

Saturday, June 2, 2012

Makan-makan, huha-huha dan enjoy tanpa suami

Salam.
huh tajuk. ganas je bunyi mcm perempuan tak cukup kasih sayang je. memang sengaja tak ajak en. matin. buat semak je i nak makan huha huha dengan member. Seharian tak balik tu. mandi semua kat situ. mujur i ada bilik. senang le nak bersiap.

sebenarnya tak plan pun nak datang dinner ni. dah janji dengan sarah memang tak datang la. dia sibuk dengan kelas. saya pulak busy nak ambil anak dr sekolah petang. esoknya pulak nashwa masih lagi exam. memang sangat serba salah sebenarnya. dinner ni pulak dibuatnya hari khamis malam jumaat. esok kerja lagi weh.  

dengan siti pun dah jani macam tu. tapi last minute siti pujuk saya datang. mana tahu lepas ni dah takde di sini. betul jugak. lepas habis waktu kerja kami menyibuk le di bilik masak. kak farid la ketua memasaknya. dah macam mak pengantin. dia masak memang sedap. sangat sedap. saya yang anti bubur kacang ni boleh makan le bubur kacang yang dia buat. kenapa la sedap sangat yek. 

dalam pukul 6 petang kami berdua ( saya dan Siti ) sibuk la mandi, tukar baju bagai. lepas maghrib baru le kami menghala ke dewan seri permata. 

jom kita tengok gambar le. penat nak menaip. *dasarpemalaskan*

 dayah, ni k.arni dah masukkan gambar. tatap le puas2 muka sendiri. walaupun tak guna camera k.arni dayah tetap comel. nanti kawen jangan lupa menjemput. kesian ke abg matin teringin beno nak rasa kenduri dayah.

 aku terpaksa terima hakikat bila bergamabr dengan siti hanya akan mempamerkan kekembangan aku. diet. diet. degil. hamik kau. bila makan tak hingat. 

 puding ni khiril yang buat rasanya. sebab tengok dia yg menjenguk dlm fridge bertanyakan perkhabaran puding itu

 ni pun khiril buat jugak kot. 
 klu bagi ke dayah tu jadi maskot memang laku kedai. klu bagi ke siti tak confident orang nak singgah. dayah bagi makan nasi dengan kicap pun dah nampak sedap bila tengok cara dia makan.

 ada je kau dayah. pn. chuan n wong merah menyala
 ajk membakar2

 rizal yang rajin.
 ajk kuat makan  jamuan. rajin benor kalau bab2 menyusun makanan ni.
gambar kau je yang penuh siti. takpelah. i lap u siti. muah. 
zee yang gedix







afifah ni kan walau dalam apa jua keadaan tetap lawa. dah le lawa baik pulak tu
noor yang baik hati. sentiasa membantu. paling sempoi.
aku yang merenung masa depan
muka kau lagi siti
aimi, siti, me n afifah
eshah, dayah, aimi, siti, me, afifah n zee
eshah 

nany n dotter. nany ada assignment tak siap mesti carik aku. kaun upah apa pun boleh siap nany. syyyyy


pn. sim n makpengantin ketua memasak. kak faridah. 
kak mi yang tabah. 





tu la zawani mak kepada baby di atas yang jadi rebutan. mak cekeding anak kusmangat

kerang rebus pun ada. jgn harus aku makan. maunya naik bengkak satu badan




fauziana, aimi n kak rashidah
takpelah siti sebab kau kawan aku yang paling best. letak le gambar kau merata2 aku tak kisah.

sebenarnya saya sayang Seri Hartamas. tapi jodoh kita sampai di sini.

orang acheh sedang sembahyang,
hari jumaat tengahari;
pergilah kasih pergilah sayang,
pandai-pandailah menjaga diri.

Bintang barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.


Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Saya sedih sebenar. *sobsob*

Babai. Melayan perasaan. tangandidahiterlentangdiataskatil