Home

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Monday, October 14, 2013

JB here we come....

Hari Rabu tiba je hubby ajak jom Johor. Abg ada kerja. So Jumaat kami pun ke Johor. Hubby dah booking Berjaya Waterfront Hotel yang dulunya The Zon Hotel. xclassmate masa sekolah menengah yang orang Johor syorkan hotel ni sebab senang nak hiburkan hati kala bosan bila hubby kerja. Bawah ada emporium n shopping complex. keliling ada kedai makan yang pelbagai. Stulang kan sini. 
 hubby check apa yang patut
 ok la kan luas n katil besar
 budak ni plg suka klu ke hotel

 malam tu pkl 2 baru budak2 tido termasuk makpak budak. kelemahan kat sini satu je. pub yang sangat bising di bawah.
esoknya lewat kami turun makan. letih kot lepas sekolah terus gegas ke JB. sebelum turun tu berendam le budak2 ni dalam bathtub
 nashwa n naqib ready for breakfast
 anak dara i
mak dara n anak dara
 cafe. tak banyak sangat pilihan nak makan tapi ckp la untuk semua malaysian. 1malaysia punya food la kiranya. melayu ada, cina ada indian pun ada. variety untuk semua bangsa malaysia
 cik kak ni suka nasi lemak
Naqib enjoy dengan hashbrown
 anak-anak i memang tekak western

cantik jugak kolam ni kan
diorg pergi memantau pool

 dari koridor depan bilik. mak gayat uolls
 dari tingkat 12 ni...... weeeee geli kepala lutut
 siap sedia nak terjun
sempat le my hubby temankan diorg terjun dulu sblm pergi kerja
walaupun di rumah sendiri dah ada pool. asal ke hotel je ini la diorg cari pool jugak.
ok la. penat campur malas dah. babai. nanti sambung lg

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


ni bahagian naqib. nashwa punya dah selamat ke tangan cikgu kot

nashwa n naqib tak sabar nak pergi school hari ni sebab nak bg hadiah kat teacher diorng. cikgu tuition dah dapat mlm tadi lg masa dtg tuition utk nashwa. mama takde idea nak bagi ape. cuma terfikir benda yg usefull.utk teacher guna. balik kerja smlm bergegas ke kota damansara tupperware outlet. ada juga faedahnya utk kegunaan guru bawak bekal ke sekolahkan. baba kata naqib happy bila di pagar qdees lg dia dah serahkan presents utk teachers. 

Selamat Hari Guru utk para guru.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

Suci

Salam.
selak2 galery tetiba terjumpa gambar ni. suci murni je muka. Nashwa, Naqib dan cousin Aisya Safiyya. Masa ni rasa betapa betulnya anak2 tu lahir umpama kain putih. kita yang mencorakkannya.

Saya sangat berharap saya akan berjaya mendidik anak2 yang dilahirkan suci ni, terus menerus menjadi generasi yang suci. semoga anak2 akan terhindar dari kehitaman dosa. mama harap nashwa dan naqib akan menjadi anak yang soleh dan solehah. anak yang akan mengharumkan nama mama dan baba. anak yang cemerlang dalam pelajaran. semoga dikurniakan kesenangan dunia dan akhirat. sihat tubuh badan. cerdas akal fikiran. banyaknya yang kita harapkan untuk anak2. doa tak pernah putus.

Doa kalian berdua nantilah yang akan membantu mama dan baba nanti.

Amin


posted from Bloggeroid

Friday, March 2, 2012

KIDZANIA free tickets

Rezeki anak-anak dapat tiket free ke Kidzania. Lepas upload gambar budak2 tu terus dapat email free tickets, Fuhhhh. Jimat duit mama.... So esok lepas balik kerja tengahari, nashwa pun sekolah ganti esok boleh budak dua org ni mengexplore apa yang diorg minat. Adik kata nak jadi pilot, kejap2 nak jadi chef, suka hati adik la. nashwa pulak maintain nak jadi doktor. tak tukar le setakat ni. Doa mama anak mama berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang soleh dan solehah.
dah booking nak pukul 4 petang

Monday, January 9, 2012

Naqib yang semangat waja

Gambar ni sebenarnya pkl 6.30 pagi ok. Dan budak lelaki itu sebenarnya sedang demam. Tapi semangat waja dia mmg menggerunkan mama n baba dia. Pagi tu dia bgn seawal 5.15 pagi. Tak boleh tido le kot sbb excited sgt. Walhal sekolah dia masih orientasi. Pkl 8.30 baru mula. Kau tak ngantuk ke dik nanti. Mujur dia tido dlm kereta otw hantar mama gi kerja. Kakak biasa le mesti 6.45 masuk sekolah. Lambat 5 minit pun gelabah cipan dia. Ni betul2 ikut perangai mama dia. Punctual. Bukan cam bapak dia. Taktau nak kategori apa dah punya lambat.

Gambar yg ada beg tu sebenarnya beg kakak le tu. (sila abaikan selipar aku tu) Yg dia galas tu nak gi sekolah pagi. Minah ni sekolah cina ok. Beg satu lagi tu beg sekolah agama petang. Ne barbie tu segala mak nenek persalinan dia la tu. Termasuk baju adik pun sumbat sekali dlm tu. Minah tu klu boleh nak semua brand girls. Tau le kau girl. Habis sampai ke panties pun nak brand girls kopak le mama. Brand cap ayam dah le. Adik sempoi brand pasar mlm pun dia bersyukur.


Published with Blogger-droid v2.0.2