Home

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Pengat labu

Salam petang minggu. Nak ambil mood supaya happy nak tempuh hari Isnin yang sibuk saja saya buat sesuatu yg manis utk anak2. Ada lebih labu yg masak lemak makan tengahari tadi saya buatkan pengat labu.
Suka tengok Naqib makan. Dia kata pumpkin soup. Dia semua yg berkuah sup tak kira manis ke pedas. Pengat durian dia panggil sup durian. Nashwa je memilih skit. Tak tahu la apa yg dia suka si kakak ni.
Senang je nak buat ni.
Dalam suku biji labu yg kecil je tadi beli. Potong dalam seinci setiap ketul labu tu. Masuk air biar tenggelam labu. Masuk sekali dgn gula nipah. Saya tak guna gula putih atau merah. Mmg takde stok pun gula merah kat rumah. Semua yg ori org kg buat. Dr trengganu lagi. Dah lembut baru saya masukkan santan dan sagu yg dah dibasuh. Tak masuk daun pandan pun sebab lupa beli.
Selamat minum petang. Ceria2 untuk esok.





Lunch hari minggu

السلام عليكم
Salam hari minggu. Kejap je dah habis seminggu sekolah kan. Esok budak-budak sambung balik paper SPM.
Pagi2 tadi kami sekeluarga ke pasar tani Shah Alam. Asalnya nak pergi dalam KD je. Hb kata alang2 pergi jom terus ke shah alam. Tahu dah niat dia nak pekena sup gearbox la tu. Ok tak kisah layan je.
Mujur budak2 pun semangat. Dapat la beli sayur kg. Buat ulam. Tapi nama dia dah lupa apa dia. Yg tahu namanya petai n pucuk ubi. Asalnya nak buat rendang pucuk ubi. Tapi bila balik rmh jadi masak lain. Tapi frustnua beli tepung bungkus balik rumah basi. Takkam sebab nak mkn seketul kena buat sendiri. Bila dah beli ini le plk jadinya.
Dapat juga beli cempedak sebiji. Tak brp masak lagi. Teringin sgt nak makan cempedak goreng.
Balik teringat nak singgah Giza nak beli strawberry. Ada org nak fruit tart. Nampak labu. Beli sbb nak masak lemak labu ngamkan dengan pucuk ubi pasar tani tadi. Ada lg pekasam yg Sarah bagi tak habis lagi. Ada jugak tempoyak yg mak Dayah bagi. Tinggal nak dadar telur je untuk Nashwa. Diakan memilih makan. Naqib tak kisah. Selera kampung mcm mama jugak.
Dan ada oranges sebagai pencuci mulut.