Home

Tuesday, April 17, 2012

Red Velvet

Salam.
sangat bahagia bila yang usahakan menjadi. Yang penting usaha. Tidak sekadar melepaskan batuk di tangga. 
semerah hati saya, selembut bicara saya yang memujuk mr. matin membeli bahan membuat kek. Maka hasilnya sangat membanggakan. paling best bila di komen sedap.....









Monday, April 16, 2012

Cerita Hari Minggu Kami

lupa nak berdiari semalam.
ngada. sikit2 nak cerita. macam best.
eh. suka hati aku la. blog aku.

orang sewel bermonolog.

Hari minggu berlalu mcm biasa. Cuma hari minggu ni aku merajuk dengan mr. matin. dia tak basuh pingan. bunyi macam ngadakan. tapi itu la. aku paling tak suka basuh pinggan. aku rela buat apa saja. kecuali basuh pinggan. tapi disebabkan dia tak basuh. aku la kena basuh. sebagai hukuman untuk dia aku telah merajukkan diri. keluar dwngan anak2 lepas kat pool. teman anak2 swimming. minggu lepas tak dapat swim sebab gi pasar tani. sebelum tu hujan. so semalam boleh le temankan diorang berendam. pukul 8 pagi dah berendam. lepas subuh je diorg dah ajak sebenarnya. takde dibuat dek orang kau nak swim pkl 6.30 pagi. lepas selesai kemas rumah aku pun bawak anak2 ke pool. padan muka bapak diorg kena tinggal.


habis hati mamat ni. lepas tu ada hati plk tu nak gi swim kat tempat besar. karang kau blup blup sapa nak tolong dik. baba kat atas tu. tengah membuta ke hapa.


naqib pose budget artis. jangan kau nak pose mcm kat majalah mangga sudah. nauzubillah.


terpaksa cover kaki panjang dia sebab tak boleh swim kat pool besar. janji selamat kakak. mama tak nak risiko. baba ada boleh la.


bahagia je budak dua orang ni. tak lama lepas tu baba diorang pun turun sambil tersengeh muka mintak belas. kalau taknak i merajuk u bawak bawak i breakfast kat chawan. teringin kopi. sapa sanggup tengok isteri dia merajuk lama2. dia mana boleh tak cakap dengan aku.
korang pernah gi chawan kan. kat citta mall di ara damansara. aku suka gi situ. tenang sebab tak ramai orang.




laparkan lepas swimming. nashwa tu pekena dua mangkuk tu lontong. mangkuk pertama licin. mangkuk kedua swketul je dia makan. jadi sesiapa yang menggalakkan dia ambil semangkuk lagi tu le habiskan. baba dia la.
aku teringin coffee frappe dia je. yg lain aku tak hingin pun. rasa sikit2 je. mee rebus tulang dia sedap. potion sini besar. boleh makan dua orang punya mangkuk. jadi jangan le tamak sangat nak ode sorang satu.




lepas makan kami 4 betanak gi shopping barang dapur kat presto. pasar kat level lg citta mall. murah le jugak. ada yg murah sangat. ada yg sama harga. yg mahal pun.ada. pandai2 le pilih. jadi sebab dah makan banyak tadi. anak2 pun kenyang. selamat le aku dr masak untuk lunch. dlm pkl 3 baru le masak kalau tetiba diorg rasa lapar. so dapat le aku siapkan tempahan choc utk kawan yg kat.kedah. lama dah dia ode tak dapat2 lagi.


lepas selesai buat choc baru aku masak lauk. dalam pkl 4 juga la kami makan nasi. malam.langsung budak2 tak makan. dah kenyang. jadi awal le diorg tidur. lepas isyak terus rebah. sempat le jugak naqib study untuk spelling mandarin. nashwa kena baca buku sains mandarin. lagi 2 minggukan nak exam.

lauk lemak tempoyang. ikan goreng n sayur salad je. tu pun nashwa tambah nasi 2 pinggan
ok. nak utk tusyen nashwa malam ni plk. nanti teaxher datang malu rumah berselerak.
babai
posted from Bloggeroid

Saturday, April 14, 2012

Suci

Salam.
selak2 galery tetiba terjumpa gambar ni. suci murni je muka. Nashwa, Naqib dan cousin Aisya Safiyya. Masa ni rasa betapa betulnya anak2 tu lahir umpama kain putih. kita yang mencorakkannya.

Saya sangat berharap saya akan berjaya mendidik anak2 yang dilahirkan suci ni, terus menerus menjadi generasi yang suci. semoga anak2 akan terhindar dari kehitaman dosa. mama harap nashwa dan naqib akan menjadi anak yang soleh dan solehah. anak yang akan mengharumkan nama mama dan baba. anak yang cemerlang dalam pelajaran. semoga dikurniakan kesenangan dunia dan akhirat. sihat tubuh badan. cerdas akal fikiran. banyaknya yang kita harapkan untuk anak2. doa tak pernah putus.

Doa kalian berdua nantilah yang akan membantu mama dan baba nanti.

Amin


posted from Bloggeroid

Friday, April 13, 2012

Makan, makan dan makannnnn.......... steamboat pulak


Tak tahu apa mimpi hubby saya tetiba bermurah hati mengajak makan steamboat. selalu tu pergi mamak je. budak dua org tu apa lagi melompat le.
Aku ajak gi Soul Garden, mr. matin reject. dia kata sama je rasa. kenapa kena bayar lebih. dasar kedekuts.

sebenarnya kat Island ni pun sedap. siapa yang biasa pergi tu tahu le. ni kat area subang. kat kampung subang. simpang empat tu kalau dr sg. buloh amik kanan.

Pilihan makanan pun tak kurang. Banyak le walaupun tak sebanyak kat soul garden. Paling best udang dia sangat segar bugar.







ni star budak dua orang tu punta. kejap2 tengah makan lalu le kapal terbang terganggu kejap aktiviti maka diorg. sibuk teka tu flight apa.


besar tau udang tu. sesangat la sedapnya.


antara tempat makan dengan tempat hidangan tu ada bridge kat tengah. agaknya tu sebab dia panggil island kot.nanti kita tanya tokey dia bila datang lagi sekali.


seronok bangat dapat pergi steamboat dia

malasnya aku nak cerita. biar gambar je yang bercerita. dasar pemalas.





aku tak pasti le sebab apa malam tu aku makan sikit. selalu aku le paling banyak. agaknya sebab penat sangat kot.


anak dara ni camera alert




tu akti anak teruna i yang suka buat perangai. ni belum mengatuk. tunggu dia mengantuk. mau bergegar kedai tu dia buat.





kakak masih berselera. tapi adik dah mengantuk. masa untuk tidur.






tapi yang satu ni paling best...... muah... i lap u....


lebar betul muka aku. dah macam periuk steanboat tu....
ok babai

My Cheese Tarts

Ni cerita dah dekat sebulan. tak sempat2 nak tayang. Cheese tart ni sangat sedap ye. Boleh le kot korang nak order.
ok. babai